Saya telah dibuang kerja tanpa sebarang surat oleh majikan. Saya telah dihalau dari tempat kerja pagi tadi. Apa perlu saya buat?
Baik, tenang-tenang dahulu.
Kerja sebagai apa?
Kerani admin
Berapa tahun kerja?
1 tahun 6 bulan
Gaji sebulan berapa?
RM1700.00
Pernah terima show cause letter sebelum ini?
Tidak
Tempat kerja di mana?
Di …………..
Waktu kerja?
9 pagi sehingga 5 petang
Hari kerja?
Isnin sehingga jumaat
Cuti?
Sabtu dan ahad
Ada diberikan letter offer masa masuk kerja mula-mula dulu?
Tiada
Payslip ada terima?
Ada, bila minta.
Baik, sekarang, puan boleh daftar kes buruh utk tuntutan notis 28 hari dan juga faedah penamatan utk 10 hari, tetapi, sebelum itu, puan kena buat surat tanya status pada majikan. Surat tanya status ini perlu dibuat sebab, majikan telah berhentikan puan tanpa sebarang surat penamatan. Surat tanya status ini akan digunakan dalam mahkamah buruh sekiranya ada keperluan perbicaraan nanti.
Berikut contoh Surat Pertanyaan Status Pekerjaan yang puan boleh gunakan:
⸻
[Nama Penuh Puan]
[Alamat Puan]
[No. Telefon Puan]
Tarikh:
Kepada:
Pengurus Sumber Manusia / Majikan
[Nama Syarikat]
[Alamat Syarikat]
Tuan/Puan,
Per: Pertanyaan Berkenaan Status Pekerjaan
Saya merujuk kepada tindakan pihak tuan/puan yang telah menghalau saya dari tempat kerja pada pagi [nyatakan tarikh dihalau] tanpa sebarang surat penamatan atau notis bertulis. Saya adalah pekerja syarikat ini sejak [nyatakan tarikh mula bekerja] sebagai Kerani Admin dengan kadar gaji bulanan sebanyak RM1,700.00.
Untuk makluman, saya tidak pernah menerima sebarang surat tunjuk sebab (show cause letter) atau surat amaran sebelum ini.
Sehubungan itu, saya ingin mendapatkan pengesahan secara bertulis daripada pihak tuan/puan berkenaan status sebenar pekerjaan saya, sama ada saya masih digajikan atau telah ditamatkan perkhidmatan.
Sekiranya saya ditamatkan perkhidmatan, saya mohon agar pihak tuan/puan memberikan surat penamatan secara rasmi berserta alasan-alasannya.
Kerjasama dan maklumbalas segera daripada pihak tuan/puan amat saya hargai.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
⸻
[Nama Puan]
No. Kad Pengenalan: [No. IC]
⸻
Langkah seterusnya selepas hantar surat ini:
1. Hantar surat ini secara serahan tangan dan ambil salinan yang ditandatangan terima oleh pihak syarikat. Jika tidak boleh, boleh hantar melalui emel dan simpan bukti penghantaran.
2. Jika tiada jawapan dalam 7 hari, puan boleh terus daftar kes di Pejabat Tenaga Kerja (JTK) untuk tuntutan seperti:
• Notis 28 hari gaji (kerana diberhentikan tanpa notis),
• Faedah penamatan kerja (10 hari gaji untuk 1-2 tahun tempoh perkhidmatan),
• Gaji tertunggak jika ada.
P/s: sekiranya majikan reply dan panggil you masuk balik kerja, MAKA YOU KENA LAPOR DIRI DAN MASUK KERJA BALIK YA. Sekiranya tiada apa-apa balasan dari majikan, terus failkan kes buruh ya.
Terima kasih sudi baca.
Faithfully,
Makcik Labor 😌
Thursday, May 8, 2025
Saya telah dibuang kerja tanpa sebarang surat oleh majikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
one week oredi no come to office
Soalan saya terima hari ini dari majikan. Puan, i got one staff, one week oredi no come to office, no mc, no apply annual leave. What shou...
-
Soalan saya terima hari ini dari majikan. Puan, i got one staff, one week oredi no come to office, no mc, no apply annual leave. What shou...
-
HR Without Case Law? That’s Just HR with Vibes. Listen, HRians — quoting the Employment Act is nice, but when things hit the fan, it’s prece...
-
Since the weekend is around the corner, here are spicy precedent sexual harassment cases in Malaysia every HR pro must know: 1. Mohd Ridzwan...
No comments:
Post a Comment