Thursday, May 8, 2025

Soalan saya terima hari ini 😌

Soalan saya terima hari ini 😌

25 Tahun Kerja, Potong Jari, Terus Nak Potong (buang) Kerja? Boss, Slow Sikit!

Dia dah berkhidmat 25 tahun. Sekarang tengah cuti sakit sebab kencing manis, potong jari — bukan potong semangat kerja.
Kalau you terminate dia time-time dia tengah lawan sakit, that’s not cost-cutting — that’s career assassination in broad daylight.

Under Seksyen 20 Akta Perhubungan Perusahaan 1967, dia boleh bangkit, file kes, dan Mahkamah Perusahaan akan tanya,
“Boss ni berhati HR ke berhati batu?”

Nak terminate orang sakit BUKAN macam buang barang rosak.
Nak terminate sebab kesihatan?
• Dapatkan Medical Board Report, bukan WhatsApp “ko okay ke?”
• Prove permanent incapacity, bukan “saya rasa dia slow”
• Kena ada hati dan prosedur — bukan ikut mood rasa-rasa sahaja

Kalau terminate semberono, bersiaplah… mungkin pampasan tu cukup buat dia beli kaki robot Ironman.

Ingat, boss — pekerja bukan benda yang senang untuk di ‘disposable’ kan. Kita deal dengan manusia, so jadilah boss yang manusia dan memanusiakan staff-staff kita.

HR bukan hanya tentang recruit dan buang kerja, HR adalah kerja yang dapat membezakan antara tegas berprinsip dan tidak berperikemanusiaan.

Yang benar,

Makcik Labor 😘

No comments:

Post a Comment

one week oredi no come to office

  Soalan saya terima hari ini dari majikan. Puan, i got one staff, one week oredi no come to office, no mc, no apply annual leave. What shou...